fbpx

Suami Hanez Suraya Tidak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak?

Menurut laporan portal Myartis, bekas isteri Romie (suami Hanez Suraya), iaitu Liyana Manan kelihatan sungguh gembira apabila terserempak dengan anak-anaknya di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini.

BACA: Ingkar Pesan Doktor, Hanez Suraya Bimbang Untuk Bersalin

Suami Hanez Suraya Tidak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak? - ROTIKAYA

Menerusi perkongsian luahan hati yang didapati daripada Facebook, Liyana mendakwa bahawa dia sudah berbulan tidak berjumpa cahaya mata kesayangannya itu. Selain itu, Liyana juga sempat bergambar bersama anaknya itu.

Bagaimanapun, sumber laman tersebut menjelaskan bahawa anak-anak Romie bagaikan tidak gembira bertemu dengan ibu mereka malah anak kedua Liyana pula dikhabarkan seakan-akan tidak mengenali Liyana sebagai ibu kandungnya dan bersembunyi di belakang Romie.

Apa pun, jika benar apa yang disampaikan oleh Liyana ini, kami harapkan hubungan di antara mereka elok-elok sahaja. (rtky/s)