fbpx

Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun

Suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada pihak mahkamah, menurut laporan awal mStar Online.

Abby Abadi juga mendedahkan kepada mahkamah hari ini yang suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Dalam kenyataan kepada mahkamah hari ini juga, Abby Abadi mendedahkan yang beliau telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti pula “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

SMS yang diterima sekitar jam 10.30 pagi itu diterima selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya yang turut menyebabkan Farhan tidak pulang ke rumah pada malam tersebut.