fbpx

Stacy Sedih, Terkilan Bila Isu Agama Diputarbelit

Mengakui tidak gembira dengan kenyataan kekasihnya, Akim Ahmad yang diputarbelitkan, Stacy menyifatkan perkara tersebut adalah sesuatu sensitif malah dalam masa yang sama turut membabitkan keluarganya.

BACA: Stacy Anggap Tuduhan Peluk Islam Melampau

“Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga. Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius”

“Sebab itu ada baiknya jika saya atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan kami. Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Stacy, buat masa ini dia tidak berniat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja memutarbelitkan perkara berkenaan namun Stacy juga tidak teragak-agak untuk betindak jika perkara tersebut berulang dan lebih melampau.

“Apa pun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini,” katanya yang turut menjelaskan perkara sebegini berlaku kerana sikap pengguna laman sosial yang tidak sensitif. (rtky/s)