fbpx

Spongebob Squarepants Kembali Ke Panggung Wayang Selepas 11 Tahun

Bermula sebagai sebuah filem yang mendapat sambutan hangat para peminat 11 tahun yang lalu, watak comel Spongebob Squarepants terus menjadi kegilaan ramai menerusi siri kartun yang disiarkan di televisyen saban hari sehingga ke ketika ini.

Untuk memenuhi permintaan para peminat untuk melihat watak kegemaran mereka kembali ke layar perak, Nickelodeon Movies telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk menerbitkan The Spongebob Movie: Sponge Out of Water yang pastinya lebih menghiburkan.

Tidak salah jika kami katakan yang filem terbaru Spongebob Squarepants ini merupakan lanjutan dari siri televisyen yang biasa kita semua tonton namun ianya kali ini lebih meriah dengan aksi, lawak dan animasi tiga dimensi (3D) watak mereka buat pertama kalinya.

The-Spongebob-Movie-Sponge-Out-of-Water-Movie-Trailer

The Spongebob Movie: Sponge Out of Water yang diarahkan oleh Paul Tibbitt ini mengisahkan tentang kehilangan buku resepi rahsia Krabby Patty yang telah dicuri oleh Burger Beard (lakonan Antonio Banderas) dan pada awalnya perkara ini menimbulkan konflik di Bikini Bottom.

Ini kerana entah kenapa secara tiba tiba rakan rapat Spongebob Squarepants, Patrick the starfish (Bill Fagerbakke), tupai si saintis Sandy (Carolyn Lawrence) dan Squidward Tentacles (Rodger Bumpass) turut mendakwa dirinya dan Plankton mencuri buku resepi tersebut.

mr-krabs-squidward-sandy-patrick-and-spongebob-on-The-Spongebob-Squarepants-Movie-Sponge-out-of-Water

Untuk membuktikan mereka berdua tidak bersalah, mereka perlu bersatu untuk membawa pulang buku resepi Krabby Patty dengan pergi ke dunia kita untuk merampasnya semula dari pencuri sebenar. Disini bermulanya aksi sekawan dari Bikini Bottom yang menarik.

Dan, untuk pertama kalinya kita semua boleh melihat aksi mereka bukan sahaja dalam tiga dimensi (3d) malah dalam bentuk yang lebih gagah perkasa sesuai dengan misi mereka untuk melawan lanun di dunia sebenar. Bukan tugas yang mudah kami kira.

spongebob-movie-sponge-out-of-water

Kita semua pasti akan disajikan dengan telatah kelakar Spongebob Squarepants dan rakan rakan yang memang kita kenali dan anda pastinya ingin mengetahui apakah kesudahan nasib buku resepi Krabby Patty tersebut. Adakah ia mampu dikembalikan ke Bikini Bottom?

The Spongebob Movie: Sponge Out of Water di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 Mac ini!