fbpx

Siti Sarah Syukur Anaknya Hilang Ditemui Semula

Ibu bapa mana yang tidak cemas apabila anak tersayang hilang, lebih lebih lagi di tempat yang sesak seperti di kompleks membeli belah. Menjadikan situasi yang dialami sendiri sebagai pengajaran, Siti Sarah berkongsi peristiwa tersebut di laman Instagram.

BACA: Hidung Diejek, Siti Sarah Ada Pernah Terfikir Buat Pembedahan

Menurut Siti Sarah, kejadian anak perempuanya, Zakira Talita itu hilang dari sekelilingnya berlaku dengan sangat pantas. Tidak mahu perkara yang sama bermula lagi, penyanyi ini bertegas mahu menggunakan harness demi keselamatan.

“Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Nak kata ikat kucing ke, ikat …… ke, janji anak ibu tak hilang. Bila saya tanya Talita cakap – “Talita ikut org baik”. Walaupun sebelum ni puas saya ingatkan anak anak supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali, tapi mereka hanyalah anak kecil”

“Siapalah saya untuk beri peringatan, tapi bermula dari kes inilah saya akan mengikat anak saya tanpa saya peduli apa orang nak kata. Janji anak anak saya selamat,” luahnya di Instagram.

Apa pun, syukur kerana anak pasangan selebriti ini selamat dijumpai semula sekali gus memberi pengajaran kepada semua ibu bapa agar lebih prihatin dengan tingkah laku anak anak ketika berada di tempat awam. (rtky/s)