fbpx

Siti Sarah Kini Sudah Berhijab?

Mengakui bukan kali pertama berhijab, Siti Sarah tidak berani memberi kenyataan terhadap imejnya itu kerana tahun-tahun sebelum ini bagai sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menghormati bulan mulia itu.

BACA: Shuib Luah Rasa Syukur Sarah Hamil Anak Ketiga

“Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini”

“Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini. Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan”

“Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main,” katanya kepada portal Murai. (rtky/s)