fbpx

Siti Saleha Nafi Minta Bayaran Untuk Hadiri Acara Hiburan

Terpalit dengan spekulasi yang mengatakan pelakon Siti Saleha mengenakan bayaran untuk membuat kemunculan dalam sidang akhbar dan majlis hiburan sejak kebelakangan ini, perkara itu dinafikan sendiri oleh empunya diri.

BACA: Kerana Drama, Siti Saleha Kini Terbuka Untuk Bermadu

“Dakwaan itu tidak betul sama sekali. Saya tidak mahu mendedahkan siapa pihak yang menyebarkan cerita itu dan dia memang bertujuan untuk menjejaskan nama baik saya. Saya sangat berharap peminat tidak percaya dengan cerita sedemikian,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tidak mudah melatah dalam dakwaan tersebut, Siti juga dalam masa yang sama menjelaskan dia berharap peminat agar menghormati prinsipnya untuk tidak bercerita hal peribadi yang telah diterapkan dirinya sejak dulu lagi.

“Saya memang seorang yang tidak suka bercerita hal peribadi berbanding karier seni. Siapa calon suami saya, biarlah ia menjadi rahsia dulu. Apabila saya yakin dia adalah calon suami yang tepat, barulah saya bersedia untuk ke jenjang pelamin dan berkongsi cerita dengan pihak media serta peminat,” katanya. (rtky/s)