fbpx

Siti Saleha Belum Terdesak Untuk Kahwin

Mengakui terasa seperti ‘kehilangan’ selepas abangnya, Sam Bunkface berkahwin, kini adiknya pula akan turut mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan. Namun bagi Siti Saleha, dia tidak terdesak untuk berahwin.

BACA: Siti Saleha Gementar Nyanyi Depan Tun M

“Buat apa terburu-buru menamatkan zaman bujang sedangkan saya tidak pasti sama ada pasangan saya itu adalah calon yang terbaik. Bukankah lebih baik kalau kita menikmati kehidupan ini seadanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut pelakon ini, dia tidak pernah mencemburui darah dagingnya sendiri kerana mereka sudah berkeluarga atau pun merasa tersisih. Bagi dirinya, dia tidak mahu menjadikan status bujangnya itu sebagai satu perkara besar yang boleh memisahkan kemesraan mereka adik-beradik.

“Saya tidak akan tergesa-gesa untuk menamatkan zaman bujangnya semata-mata untuk memenuhi keinginan orang lain,” katanya lagi yang bakal menyambut hari raya di rumah bapanya di Klang, Selangor pada Aidilfitiri kali ini. (rtky/s)