fbpx

Siti Saleha Ada Cara Tersendiri Elak Kontroversi

Bukan mudah untuk menjadi selebriti yang bebas daripada gosip mahupun kontroversi malah kadang-kala cerita peribadi sendiri lebih terserlah daripada bakat lakonan. Bagi Siti Saleha, dia mempunyai cara tersendiri bagi mengelakkan dirinya dihurung kontroversi.

BACA: Siti Saleha Nafi Minta Bayaran Untuk Hadiri Acara Hiburan

“Saya tak gemar naik atau popular bersandarkan kontroversi. Ia budaya tak sihat, saya tak mahu bergantung pada hal sebegini. Saya realistik. Bayangkan kalau keluar cerita di di kolum gosip contohnya, apa pula tanggapan pembaca”

“Sampai bila dan berapa lama sangat pun nak bergantung pada kontroversi untuk meneruskan survival dunia seni. Objektif awal saya sejak mula berlakon ialah fokus dalam apa yang dilakukan. Andai ada kontroversi negatif, saya cuba tak melayannya. Saya tak kuasa untuk menjadikan ia bebanan,” katanya kepada BH Plus.

Selain fokus kepada kerjayanya, Siti juga menyatakan bahawa dia turut berhati-hati dalam berkongsi apa saja perkara di laman sosial media agar tidak kembali menyebabkan namanya tercemar atau mencipta kontroversi. (rtky/s)