fbpx

Siti Saerah Tak Mahu Ulas Soal Perceraian, Mahu Jaga Hati

Baru baru ini ada sumber yang tampil menyampaikan kisah tentang adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang khabarnya sudah bercerai dengan talak tiga pada 27 Oktober lalu.

BACA: Adik Penyanyi Wanita Popular Bakal Bercerai? (ext.)

Hari ini menerusi laporan Utusan Malaysia, Siti Saerah berkata yang beliau enggan mengulas soal itu kerana lebih selesa untuk berkongsi apa apa buat masa ini.

“Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

UPDATE-1: Laporan Harian Metro pula menyebut yang SIti Saerah mengesahkan yang beliau telah diceraikan dengan talak tiga di Mahakamah Rendah Syariah Kuantan pada 27 Oktober 2014 lalu yang juga merupakan ulangtahun perkahwinan mereka.

Saerah dan Saiful Anuar Ahmad Shafie berkahwin pada 27 Oktober 2010 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad Daiyan, 2, dan Ahmad Aisy, 10 bulan.

Dalam laman sosialnya, Siti Nurhaliza turut berkongsi kata-kata semangat dengan adiknya itu dan meminta Saerah tabah menghadapi ujian. (rtky/m)