fbpx

Siti Nurhaliza Pun Jadi Mangsa Fitnah Peminat Shila Amzah

Peminat tegar Shila Amzah nampaknya harus bertenang dengan ketaksuban terhadap penyanyi kesayangan mereka ini. Bukan sahaja boleh buat imej penyanyi itu sendiri tercalar, malah ada yang seakan sengaja memperbodohkan diri sendiri.

Astro Gempak hari ini melaporkan yang Dato’ Siti Nurhaliza menjadi mangsa terbaru fitnah seorang peminat Shila Amzah di Instagram baru baru ini dan komen peminat itu sendiri mendapat perhatian penyanyi nombor satu Malaysia itu.

BACA: ND Lala Akan Cuba Selesaikan Konflik Shila Amzah Dengan Media Tempatan

Peminat itu mendakwa yang Dato’ Siti Nurhaliza banyak membeli dan memberikan hadiah kepada para wartawan hiburan Malaysia sehingga semua media bersikap baik dengan penyanyi itu dan tidak mempunyai banyak masalah sepanjang bergelar artis.

#01 Dato' Siti Nurhaliza Jadi Mangsa Fitnah Peminat Tegar Shila Amzah - ROTIKAYA

“Aik? Saya pun termasuk dalam cerita ini? tetapi tentang gifts (hadiah) itu memang fitnah semata mata. Tak baik buat fitnah. Lagi dahsyat dari membunuh, adik agama apa?“ jawab Siti Nurhaliza.

Bercakap kepada Berita Harian berkaitan isu ini, Dato’ Siti Nurhaliza memaklumkan beliau terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat artis yang sewenang-wenangnya menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangan mereka.

“Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini. Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun”

“Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tidak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti membalas komen itu sebagai peringatan dan teguran buatnya,“ tambah beliau lagi.

Walaupun anda peminat tegar Shila Amzah atau mana mana penyanyi sekali pun, tidak manis dan sopan gayanya jika bersikap mahu melaga-lagakan mereka seperti ini. Artis itu sendiri pastinya malu jika ada peminat taksub tidka bertempat seperti ini. (rtky/m)