fbpx

Siti Nurhaliza: Kempen Baru 'SimplySiti Di Hati' Sasarkan Dana RM100,000Hujung tahun lalu, Siti Nurhaliza melancarkan buat pertama kali kempen SimplySiti Di Hati yang berjaya membantu dua orang kanak kanak yang mengalami masalah jantung.

Atas kejayaan tersebut, Siti Nurhaliza melalui jenama beliau SimplySiti kembali bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk membantu tiga orang kanak kanak pula.

“Kali ini, pembedahan untuk setiap kanak kanak ini perlukan kos sekurang-kurangnya RM30,000 seorang — jadi kita sasar kutipan dana sebanyak RM100,000,” ujar beliau semalam.

Seperti kempen tahun lalu, Dato’ Siti Nurhaliza akan turun ke 11 lokasi Watson terpilih seluruh negara untuk menjadi jurujual & perunding kecantikan sehingga 15 Februari 2013 nanti.

“Sambil berkempen, ini juga peluang saya untuk lebih dekat dengan peminat. Seperti kempen yang lalu, saya turun padang dan menjadi sebagai jurujual & memberikan tips kecantikan kepada pelanggan,” tambah beliau lagi.

Untuk kempen SimplySiti Di Hati, setiap pembelian RM150 produk SimplySiti sepanjang tempoh kempen yang bermula 15 November lalu, RM10 akan di’salurkan kepada tabung dana untuk membiayai pembedahan jantung kanak-kanak tersebut. Maklumat lanjut: www.simplysiti.com.my