fbpx

Siti Nurhaliza Idamkan Macbook Pro Di Saat Beliau Mampu Beli Satu Dozen

Satu Malaysia rasa’nya sudah tahu hari ini ulangtahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza ke 32.

Semalam, kami ada menyiarkan gambar sambutan meriah hari lahir penyanyi kesayangan ramai ini di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Dan, kami turut bertanyakan kepada umum apakah hadiah yang bakal Siti Nurhaliza terima dari insan tersayang, Datuk K.

Namun, Utusan Malaysia hari ini menulis tentang hadiah idaman Siti Nurhaliza untuk hari ulangtahun kelahiran beliau kali ini.

Jika sebelum ini Siti Nurhaliza pernah menerima jam tangan mewah tempahan khas berharga RM200,000. Beg tangan berjenama mewah dengan harga RM40,000.

Kali ini selera Siti Nurhaliza agak kecil jika di’bandingkan status beliau — hanya mahukan sebuah laptop berjenama Apple, Macbook Pro.

Rasanya, jika Siti Nurhaliza benar benar inginkan Macbook Pro, beliau tidak perlu menunggu sehingga sambutan hari lahir untuk menerima satu.

Esok, seawal pagi Siti Nurhaliza boleh memandu ke Machines, KLCC dan minta Macbook Pro dengan spesifikasi paling canggih untuk kegunaan harian beliau.

Kenapa kami buat entri ini sedangkan entri lepas pun tentang hari lahir Siti Nurhaliza? Kerana kami adalah pengguna barangan Apple dan bangga Siti Nurhaliza kini dengan sah bergelar iFag.