fbpx

Siti Nurhaliza Doa Kebenaran Terbuka Di Mekah

Pemergian Datuk Siti Nurhaliza ke Tanah Suci ketika ini bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dalam masa yang sama turut membawa sejuta harapan rakyat Malaysia yang mahu isu mengenai pergolakan di dalam negara diselesaikan.

BACA: Siti Nurhaliza, Datuk K Timang Cucu Kedua

Siti Nurhaliza Doa Kebenaran Terbuka Di Mekah - ROTIKAYA_in

Meneruti akaun Instagram miliknya, Siti telah berkongsi doa berikut untuk rakyat Malaysia dan tanpa menyebut mana-mana nama, Siti menyatakan harapan agar rakyat Malaysia dilindungi dari fitnah dan pembohongan.

“Ya Allah…kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta,” ucap Siti di laman Instagram miliknya. Doa yang dititip Siti adalah doa Nabi Muhammad SAW untuk pemimpin yang menzalimi rakyatnya.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah meluahkan rasa kesalnya dengan kemelut yang melanda Tabung Haji dan 1MDB, juga melalui laman sosial Instagram. Kami kongsikan beberapa gambar Siti dan juga suami di tanah suci. (rtky/s)