fbpx

Siti Nurhaliza Akui Anak Tiri Isi Kekosongan Hidup

Menjelang sambutan hari ibu yang bakal berlangsung pada 10 Mei ini, Datuk Siti Nurhaliza mengakui bahawa kehadiran anak-anak tiri memang mengisi kehidupannya walaupun kadang-kala dia juga sibuk dengan kerjaya.

BACA: Siti Nurhaliza Bermadu Cinta Bersama Suami di Istanbul

“Saya bersyukur mempunyai anak-anak tiri yang cukup menyenangkan dan sangat mengambil berat. Di rumah, kami masih punya masa untuk bersembang mengenai aktiviti harian atau keluar makan bersama-sama”

“Biarpun ibu tiri, ia tidak menjarakkan rasa hormat dan kasih sayang. Paling penting, kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya kepada BH Plus. Biasanya, Siti dan adik beradik yang lain akan berkumpul untuk meraikan hari ibu bersama ibu tercinta, Siti Salmah Bachik.

Tambah Siti lagi, beliau menjadikan ibunya sebagai idola kerana pengorbanan yang dilakukannya adalah cukup besar dan antara kenangan yang sentiasa segar di ingatan penyanyi ini ialah apabila berpeluang berduet dengan ibunya dalam majlis tertentu. (rtky/s)