fbpx

Siri TV Zooey Deschanel ‘The New Girl’ Dijanjikan Musim Kedua, Yeay!

Siapa peminat Zooey Deschanel kerana anda jatuh hati dengan gadis bernama Summer dalam filem 500 Days of Summer? Give us a very high five!

Terbaru, Zooey Deschanel  muncul dengan sebuah siri TV baru berjudul The New Girl di saluran Fox. Ya, kami juga belum sempat menonton.

Minggu ini merupakan minggu kedua siri TV tersebut dan sambutan penonton berdasarkan rating amat amat memberangsangkan.

Dengan kerana itu, Fox bersetuju untuk memberi jaminan bahawa akan ada musim kedua siri TV ini untuk semua peminat, terutamanya peminat Zooey Deschanel seperti kami semua ini.

The New Girl mengisahkan tentang seorang gadis yang terpaksa menyewa apartment bersama tiga orang jejaka lain selepas kekasih hati curang. Konflik & kisah kehidupan antara mereka berempat menjadi fokus utama siri TV ini.

Jika anda mahu dapatkan sedikit sebanyak idea tentang jalan cerita The New Girl ini atau pun hanya sekadar mahu berkenalan dengan siapa Zooey Deschanel, saksikan trailer selepas ini. Enjoice