fbpx

Shukri Yahaya Teruja Bakal Timang Bayi Perempuan

Kalau sebelum ini Shukri Yahaya mungkin gembira dengan berita kehamilan isterinya, Tya Adnan tetapi sekarang beliau mungkin bertambah teruja apabila sudah mengetahui jantina bayi pertama mereka. Selepas pemeriksaan dijalankan, Shukri mendedahkan bahawa mereka berdua bakal menimang seorang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

BACA: Isteri Shukri Yahya, Tya Adnan Sah Hamil 2 Bulan

“Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa jantina anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir ini akan sentiasa dalam keadaan yang sihat. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri”

“Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Selain sudah menyediakan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin. Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran,” katanya kepada portal My Artis berhubung perkara itu.

Dalam pada masa yang sama, pasangan Shukri dan Tya Adnan yang berkahwin pada pertengahan November lalu nampaknya sudah tidak sabar menantikan anak perempuan pertama mereka apabila kini mereka juga sedang sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi comel mereka. Malah dikhabarkan bayi tersebut dijadualkan lahir pada hujung bulan Ogos nanti.

Walau apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan romantis ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan segala perancangan serta persiapan untuk menyambut kelahiran baru nanti berjalan dengan lancar. Dan diharapkan juga kedatangan bayi pertama ini akan melengkapkan lagi kehidupan serta menambahkan keceriaan rumah tangga mereka. (rkty/w)