fbpx

Shukri Yahaya Telah Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada Shukri Yahaya yang telah bergelar bapa apabila isterinya, Tya Adnan telah selamat melahirkan bayi pertama mereka pada tengahari tadi. Bayi sulung perempuan itu selamat dilahirkan pada jam 12.22 tenghari tadi dan berita gembira itu turut dikongsikan sendiri oleh Shukri menerusi akaun Instagram beliau untuk tatapan para peminat semua.

BACA: Shukri Yahaya Utamakan Persiapan Raya Isteri & Bayi

Screen Shot 2016-08-24 at 1.59.39 PM

“Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24/8/2016 tepat jam 12.22pm isteri saya, Tyaadnan telah selamat melahirkan cahaya mata sulong kami iaitu perempuan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini, Allahuakhbar,” tulisnya menerusi akaun Instagram beliau berkongsi kegembiraan bersama peminat menjadi bapa buat kali pertama.

Gambar yang dimuat naik itu menunjukan Shukri mendukung bayi sulung mereka namun tidak didedahkan wajah penuh bayi terbabit. Menerusi perkongsian gambar tersebut, ramai yang mula membanjiri ruangan komen Instagram selebriti terbabit mengucapkan tahniah kepada pasangan itu selain teruja untuk melihat wajah penuh serta nama bayi comel tersebut.

Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan ini diatas kelahiran anak pertama mereka. Semoga dengan kelahiran ini akan menambahkan lagi keceriaan serta kebahagiaan rumah tangga buat Shukri Yahaya dan isteri, dan selamat melalui proses berpantang juga. (rkty/w)