fbpx

Shukri Yahaya Mahu Bawa Isteri Tunai Umrah

Pelakon Shukri Yahaya ketika ini belum lagi merancang untuk berbulan madu namun dalam masa yang sama sudah merancang untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan bersama isteri tercinta yang baru sahaja dinikahinya semalam (20 November).

BACA: Shukri Yahaya Dan Tya Adnan Selamat Diijabkabul

“Sebelum pergi berbulan ma­du, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun. Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian,” jelasnya kepada Utusan Online

Pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Shukri turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin emas berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan tersebut di­sempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian Putrajaya, Muhd. Redza Ahmad dan berwalikan bapa Tya, Ahmad Adnan Ishak.

Selain itu, setelah bergelar suami, Shukri mengakui bahawa dia kini mempunyai tanggungjawab untukmembataskan pergaulannya, baik bila berdepan orang ramai mahu pun di dalam lakonan. Apa pun, semoga pasangan ini sentiasa dilimpahi bahagia. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: AMIRNAUFALPHOTOGRAPHY