fbpx

Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As’ari

Desas-desus mengatakan bahawa sebelum ini Johan Asaari berkawan rapat bersama seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Shila Amzah.

Bertemu Shila Amzah semasa pelancaran albumnya, telah terungkai segala-galanya apabila diberitahu bahawa dia dan Johan Asaari hanyalah merupakan teman rapat sahaja. Tetapi apabila menonton video klip yang di persembahkan melalui lagu berjudul Masih Aku Cinta ternyata menguatkan lagi persepsi yang mengatakan bahawa mereka bercinta.

“Sebenarnya saya dan Johan memang sudah saya kenali sejak tahun 2010, dan selepas itu kami membawa haluan masing-masing. Saya juga tidak menyangka bahawa hubungan sebagai teman ini membawa kepada buah mulut orang ramai”

“Untuk video klip Masih Aku Cinta pula, sejujurnya ada beberapa orang pelakon yang telah disenarai pendekkan dan saya beserta pengarah klip video tersebut, saudara Ghaz Abu Bakar telah memilih Johan sebagai pelakon kerana dia memenuhi kriteria yang sesuai dalam klip video itu,” ujarnya.

Shila Amzah juga tidak menyangka bahawa ibunya sendiri sudah lama mengenali ibu Johan As’ari dan mereka selalu berhubung sesama mereka.

“Saya sendiri pun tidak menyangka bahawa ibu saya mengenali ibu Johan dan mereka berdua merupakan sahabat dan selalu berhubungan”

Jodoh dan pertemuan merupakan hak Allah S.W.T dan bagi selebriti antarabangsa, Shila Amzah dia tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ditakdirkan untuk berkahwin dengan jejaka itu.

“Saya tidak meletakkan target untuk mengakhiri zaman bujang, dan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu dan asalkan dia menghormati saya dan yang terutamanya kedua-dua ibubapa saya. Pengalaman lepas banyak mengajar kehidupan saya dan kini saya lebih matang dan lebih suka berterus terang dalam membuat sesuatu keputusan. Sekarang saya lebih positif dan menuju ke hadapan dalam merentasi fasa kehidupan,” katanya bersungguh-sungguh. (rtky/hfz)