Shila Amzah Dikritik Peminat Selepas Kongsi Gambar Badan Sendiri? | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
07 June 2013, 4:06PM

Mungkin niat baik ingin berkongsi perkembangan terbaru hobi bersenam beliau ketika ini yang pastinya sudah membuahkan hasil walaupun tidak banyak, namun kritikan yang datang bertalu. Oh Shila Amzah.

Melalui Instagram beliau petang ini, Shila Amzah berkongsikan gambar separuh badan seorang wanita yang kami percaya adalah dirinya yang bersedia untuk bergerak ke gymnasium untuk sesi senaman rutin.

UPDATE-1: Shila Amzah telah turunkan gambar tersebut dari Instagram.

Namun kurang 30 minit gambar itu wujud, hampir semua komen yang singgah meminta Shila Amzah memikirkan kembali gambar tersebut selain mengatakan ianya tidak kena dengan imej bertudung beliau ketika ini.

Seorang peminat bernama Haziq Asyraf menulis, “Kalau ditakdirkan Shila Amzah kahwin dengan Ustaz Azhar Idrus, harap ustaz dapat nasihat cara pakaian Shila ni”. Boleh tahan komen kau.

Tidak kurang juga peminat beliau yang mempertahankan pemakaian baju Shila Amzah dalam gambar ini kerana bersesuaian dengan rutin senaman beliau tetapi berkongsi di Instagram tidak perlu rasanya. Hmm.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>