fbpx

Sheera Iskandar, Doul Harun Selamat Bergelar Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar dan juga suami, Doul Harun yang sudah pun selamat bergelar suami isteri pada malam tadi. Melalui perkongsian gambar di Instagram, pasangan ini kelihatan sedondon dan manis sekali.

BACA: Tidak Tunang, Sheera Iskandar Terus Nikah Ogos Depan

Sebelum ini, pelakon ini pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bercinta dengan Doul malah mereka sendiri kali terakhir berjumpa adalah empat tahun yang lalu.

“Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik, ibu saya suka dan terima. Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya dengan jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia,” katanya sebelum ini.

Semoga mahligai yang baru dibina ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat dan biarlah segala urusan dipermudahkan sepanjang hidup berumah tangga. Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Sheera Iskandar. Enjoice!

GAMBAR IHSAN: K5 LIVE UPDATE