fbpx

Sharnaaz Ahmad Tidak Mahu Buka Cerita Cinta

Sejak kebelakangan ini, nama Sharnaaz Ahmad dan juga kakak Neelofa iaitu Noor Nabila sering menjadi perhatian di sosial media. Namun bagi Sharnaaz, dia tidak terlalu memandang serius apa yang diperkatakan orang ramai terhadap kisah cintanya.

BACA: Peminat Gesa Sharnaaz Ahmad, Kekasih Cepat Kahwin

“Apa orang nak kata apabila melihat gambar kami bersama terpulanglah pada andaian mereka. Apa yang nampak itulah yang boleh saya ceritakan. Saya tidak akan buka cerita tentang cinta. Soal peribadi sekarang saya lebih suka kunci mulut. Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi dengan semua”

“Selama ini saya hidup sendiri, bekerja sendiri dan bayar semua bil sendiri. Jadi, apa yang orang nak cakap suka hatilah mereka nak kata apa. Kalau dah penat nanti pasti akan senyap. Jatuh bangun yang pernah saya lalui sebelum ini adalah satu perkara yang sangat indah”

“Rasa sakit itu hanya Tuhan sahaja tahu kemudian Tuhan datangkan saya sesuatu yang lebih elok. Jika siapa-siapa datang dalam hidup saya selepas ini, saya akan menikahi dia dan menjaga dia dengan sebaik mungkin,” jelas pelakon tersebut kepada Mangga Online.