fbpx

Sharnaaz Ahmad Akui Sudah Kembali Solo

Mengakui kini dirinya sudah kembali single, Sharnaaz Ahmad menjelaskan bahawa hubungannya bersama pelakon Anis Al Idrus terputus hampir lima bulan lalu namun enggan mendedahkan sebab perpisahan mereka.

BACA: Sharnaaz Ahmad Merancang Kahwin Sebelum Raya 2016

“Hubungan kami sudah lama terputus iaitu sejak lima bulan lalu. Malah ketika kami sama-sama menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) April lalu, hubungan kami bagai retak menanti belah”

“Keputusan untuk berpisah ini kami buat bersama-sama. Tak perlulah nak didedahkan apakah puncanya Cuma apa yang boleh dikatakan hubungan ini memang tidak dapat diteruskan,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, pelakon ini menjelaskan bahawa dia hanya ingin fokus kepada bidang perniagaan ketika ini dan menafikan perpisahan tersebut membuatkan dirinya sedih, sebaliknya Sharnaaz mempunyai target sendiri sebelum umurnya menjangkau 30 tahun.

“Saya tak rasa apapun. Apa yang penting sekarang ini saya mahu fokus dalam bisnes. Saya mahu menjadi jutawan sebelum usia saya 30 tahun,” jelasnya. (rtky/s)