fbpx

Sharnaaz Ahmad Akui Bahagia, Tiada Isu Tumbuk Kekasih

Terpalit dengan khabar angin bahawa dirinya memukul kekasih, Sharnaaz Ahmad melalui muatnaik gambar di Instagram (telah dipadam) menjelaskan bahawa dia Nabila bahagia selain menafikan insiden tersebut.

BACA: “Ini Semua Fitnah, Semoga Dapat Hidayah”

8-sharnaaz-ahmad-akui-bahagia-tiada-isu-tumbuk-kekasih-rotikaya

Bagaimanapun dalam kenyataan Sharnaaz di Instagram tersebut, ia seperti mengetahui siapakah dalang di sebalik perkara tersebut namun tidak mendedahkannya. Sementara itu dalam masa yang sama, tindakan pelakon lelaki ini memuatnaik gambar tersebut mendapat teguran daripada Neelofa.

Nampaknya ketika ini pasangan ini diduga lagi. Sharnaaz sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada tahun hadapan.

Dugaan demi dugaan datang kepada pasangan ini. Harapnya Sharnaaz dan juga Nabila kekal tabah dalam mengharungi perkara sebegini. Malah Nabila juga dalam muatnaik di Instagram mengajak peminatnya mendoakan agar hati si pemfitnah kembali bersih.