fbpx

Sharifah Sakinah Mahu Majlis Kahwin Lebih Selamba, Ringkas

Bakal bergelar raja sehari tidak lama lagi, Sharifah Sakinah mengakui dia mahukan satu majlis perkahwinan yang lebih selamba dan ringkas. Menurut Sakinah, ketika ini segala persiapan untuk majlisnya itu berjalan lancar.

BACA: Sharifah Sakinah Bawa Bakal Pengapit Perkahwinan Ke Bali

“Majlis kahwin saya nanti tak ada protokol atau golongan VIP sekalipun. Tiada artis ternama yang akan membuat persembahan sebaliknya tetamu yang hadir termasuk rakan artis yang nak menyumbangkan suara mereka dipersilakan menghiburkan bakal pengantin serta tetamu lain.

“Saya nak konsep kahwin nanti untuk bergembira dan tiada tekanan. Saya selalu tengok bagaimana pengantin kena makan di meja VIP dan terpaksa control itu serta ini.

“Hakikatnya pengantin perlu menikmati hari bahagiannya tanpa terikat dengan apa-apa. Saya tidak mahu majlis saya jadi tipikal seperti yang selalu saya hadiri,” katanya lagi.

Sakinah bakal disatukan disatukan dengan lelaki pilihan hatinya, Aliff Adha, seorang juruterbang pada 28 Mac depan di Putrajaya. Ia diikuti dengan majlis resepsi mereka pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). (rtky/syfq)