fbpx

Sharifah Sakinah Bawa Bakal Pengapit Ke Bali

Ketika anda sedang masuk kerja pada hari Isnin yang bahagia ini, Sharifah Sakinah dan juga rakan rakan nampaknya mempunyai Isnin yang lebih bahagia apabila mereka kini berada di pusat percutian popular di Indonesia iaitu Bali untuk meraikan bakal pengantin.

Bakal bernikah penghujung Mac 2015 ini, Sharifah Sakinah membawa rakan rakan selebriti beliau yang rapat merangkap bakal pengapit pada hari bahagianya nanti ke Bali, Indonesia untuk upacara bridal shower yang semakin normal di kalangan selebriti kita.

BACA: Sharifah Sakinah Yakin Aliff Adha Pilihan Tepat Selepas Perkenalan Singkat

Menerusi gambar yang dikongsikan pelakon ini menerusi Instagram, mereka yang ada mengikuti Rombongan Cik Kinah Ke Bali ini adalah Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Elfira Loy, Siti Saleha, Jihan Muse, Nabila Huda, Tasha Shilla, Sherry Alhadad dan Kaka Azraff.

Kalau kesemua mereka menjad pengapit pengantin perempuan pada majlis perkahwinan Sharifah Sakinah nanti, memang akan penuh pelamin indah pelakon ini. Apa pun, layan gambar mereka yang kini masih berada di sana menikmati percutian indah. Enjoice! (rtky/m)