fbpx

Sharifah Sakinah Bakal Nikah Aliff Adha Mac Depan

Beberapa hari ini, ada khabar angin yang mengatakan pelakon juga selebriti yang giat promosikan gaya hidup sihat, Sharifah Sakinah bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang merupakan seorang juruterbang, pada hujung tahun ini.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Sharifah Sakinah sendiri mengesahkan yang beliau akan melangsungkan pertunangan pada 25 Oktober ini dengan Aliff Adha manakala pernikahan mereka pula akan berlangsung pada Mac tahun depan.

BACA: Akui Undi Jihan Muse, Sharifah Sakinah Risau Kemenangan Jadi Isu

“Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan. Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi. Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama,“ ujarnya tentang perkembangan ini.

Sharifah Sakinah turut menambah beliau terpikat dengan kekasihnya itu kerana beliau merupakan seorang jejak yang cukup selama selain tidak mengambil tahu langsung akan perkembangan dunia hiburan tempatan. Tahniah kami dahulukan ya! (rtky/m)