fbpx

Sharifah Sakinah Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Teruna Erma Fatima

Boleh rasanya kita lupakan isu video aktress ini yang menjadi bualan satu Malaysia beberapa minggu kebelakangan ini. Hakikatnya Sharifah Sakinah memang sifatnya gila gila sebegitu. Biarkan. Heh.

Masih tentang Sharifah Sakinah tetapi kali ini kita berbicara tentang cinta hatinya dan senyap senyap sahaja rupanya aktress ini kini sedang bercinta dengan anak teruna penerbit & pengarah popular Erma Fatima.

“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah kepada Media Hiburan.

Aktress ini juga di’ajukan soalan sejauh mana beliau akan serius dalam perhubungan kali ini kerana beliau memang terkenal dengan sikapnya yang suka main main dalam apa hal sekali pun.

“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima”