fbpx

Shahrol Shiro Nafi Bertunang Dengan Pengurus Peribadi

Turut terjebak di dalam gosip dan juga berita palsu sudah bertunang mengikat tali pertunangan dengan pengurus peribadinya beberapa bulan lalu, pelakon dan pelawak ini tampil menafikan perkara tersebut malah mengkui tidak mempunyai sebarang ikatan dengan mana-mana wanita buat masa ini.

“Gosip kononnya saya sudah bertunang bukan baharu tetapi sudah bertebaran sejak tiga empat bulan yang lalu dan apa yang boleh saya katakan ia tidak benar. Tidak ada apa yang ingin saya sorokkan mengenai perkara itu atau cuba mengelak daripada menjawab mengenainya,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Shahrol cerita palsu berkenaan mungkin timbul disebabkan ada pihak salah faham kerana pertunangan adiknya beberapa bulan lalu disangka sebagai majlisnya malah katanya, dia kini kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya menyebabkan tidak terfikir ke arah itu.

“Barangkali orang salah sangka kerana mereka ingat saya yang bertunang tetapi sebenarnya adik saya dan itu mungkin menjadi punca kepada gosip berkenaan,” ujarnya sambil mengakui turut bimbang kerana belum bertemu jodoh namun meletakkan perkara itu kepada ketentuan Illahi.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi soal jodoh ini bukan boleh dipaksa-paksa.
Apa yang boleh saya katakan saya masih solo dan kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya sahaja,” jelasnya.

Tidak mengapa Shahrol, kadangkala jodoh ini datang bila kita tidak mencari. Peminat pasti mendoakan yang terbaik buat anda. Tapi nanti jika sudah pasangan untuk dijadikan bakal isteri, bolehlah ajak kami sekali ke majlis pernikahan. Eh. (rtky/s)