fbpx

Shahrol Shiro Mahu Besarkan Anak Di Kampung

Selamat melahirkan seorang bayi lelaki sejak dua minggu lalu, Shahrol Shiro dan isteri telah pun mempunyai perancangan untuk anak mereka. Disebabkan pasangan ini berasal dari Kluang, Johor, Shahrol berhasrat untuk membesarkan anak mereka di kampung mereka.

BACA: Shahrol Shiro & Isteri Selamat Timang Anak Pertama

“Saya dan isteri berasal dari sini dan selepas berkahwin kami memang tinggal di sini (Kluang). Rumah ibu saya dan mertua hanya 10 kilometer saja jaraknya. Saya juga bercadang untuk membesarkan bayi kami di kampung kerana lebih selesa menetap di kampung berbanding Kuala Lumpur,” katanya kepada Astro Gempak mengenai perancangan anaknya.

Sementara itu, Shahrol turut mendedahkan nama bayi comel mereka itu menerusi laman Instagram. Pasangan ini sepakat memilih nama Iskandar Rizqi selepas dua minggu bayi tersebut dilahirkan. Dalam perkongsian itu, isteri Shahrol, Anna Dalisha turut berterima kasih kepada suaminya kerana berada sepanjang masa disisinya ketika proses bersalin.

Untuk pengetahuan, bayi pasangan ini telah dilahirkan pra matang ketika kandungan berusia 35 minggu dan dengan berat hanya 2.1 kilogram. Bagaimanapun bayi mereka dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang. Bayi ini merupakan bayi kedua buat Shahrol, hasil dari perkahwinan terdahulu dan bayi pertama buat isterinya. (rtky/w)