fbpx

Shahir AF: Dapat Restu Keluarga, Belum Tetap Tarikh

Jika sebelum ini hanya Erra Fazira yang memberikan kenyataan terhadap pelbagai khabar angin di antara dirinya dan Shahir AF, kini jejaka berkenaan sendiri mengakui bahawa hubungan merekan sekeluarga direstui keluarga.

BACA: Erra Fazira Nafi Bertunang Dengan Shahir AF Lepas Raya

“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja. Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota”

“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya kepada BH Online

Sementara itu, menurut Shahir, dia menyerahkan ketentuan kepada Tuhan sama ada mereka akan berkahwin tahun ini selain berharap doa peminat yang terbaik buatnya. Selain itu, Shahir juga akan kembali membuat comeback namun di dalam bidang yang berbeza daripada nyanyian. (rtky/s)