fbpx

Shaheizy Sam Belum Sempat Tukar Nombor Plat MOMMY

Ramai sebenarnya prihatin dengan kisah nombor plat kereta ibu kepada pelakon ini apabila ianya mendapat liputan media dan Shaheizy Sam menjelaskan yang dia masih belum mempunyai masa untuk menukar nombor plat MOMMY yang telah disaman oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

“Nombor plat masih belum tukar dan tidak sempat untuk berbuat demikian. Bayaran saman telah saya jelaskan, cuma tak tahu bila saya nak tukar,” katanya bersahaja.

BACA: Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY

Dia turut memberitahu yang seseorang artis itu juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dikenakan saman. Baginya kalau perkara itu salah, maka wajar dikenakan tindakan.

“Biasanya orang akan cakap kalau artis akan terlepas bila melakukan kesalahan, tetapi tidak kalau salah tetap salah. Sebenarnya jangan ingat selebriti boleh lepas apa sahaja, kalau selebriti buat salah tetap salah, jadi janganlah ada double-standard,” katanya yang ditemui semasa tayangan filem Kasut Ku Kusut di Cathay Cineplex Curve malam kelmarin. (rtky/hfz)