fbpx

Shah Jaszle, Hanis Husna Kini Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan juga Hanis Husna kerana telah bergelar suami isteri pada 1 Mei lalu. Shah Jaszle dilihat memuatnaik gambar Hanis berpakaian lengkap dengan kapsyen ringkas, finally!!!.

BACA: Shah Jaszle Bersyukur Karier Berjalan Lancar Selepas Dihimpit Kontroversi

Shah Jaszle, Hanis Husna Kini Suami Isteri - ROTIKAYA

Selain itu, dalam masa yang sama, isterinya itu turut memuat naik gambar yang sama di akaun Instagramnya dan kedua-dua mereka mendapat ucapan tahniah yang tidak henti-henti daripada kenalan rapat dan juga peminat.

Apa-apa pun, semoga ikatan sah yang terjalin di antara Shah Jaszle dan Hanis Husna bakal membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga kecil ini, till Jannah. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar ketika majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Hanis, Jumaat lalu. (rtky/s)