fbpx

Shah Iskandar Bakal Bernikah Tahun Depan

Setelah sekian lama berahsia mengenai kisah peribadinya, Shah Iskandar akhirnya menjelaskan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan bersama kekasih hati, Siti Sarah Mohd Noor pada tahun hadapan.

BACA: Bakal Kahwin, Shah Iskandar Akui Sudah Punyai Kekasih

“Insya-Allah kami akan berkahwin awal tahun hadapan. Kami akan pergi kursus kahwin di Singapura tak lama lagi,” jelasnya yang sudah mengenali bakal isterinya itu selama dua tahun bermula hanya daripada sekadar berkawan.

“Cuma selepas makin kenal diri masing-masing dan bertemu keluarga, kami jadi lebih rapat. Umur saya pun makin meningkat. Saya sudah 33 tahun, dia pula 30 tahun. Saya kenal dia pun melalui kakaknya. Ketika itu, kakaknya menyuruh saya membuat ulasan dan promosi produk di laman Instagram,” cerita Shah kepada BH Online.

Semoga apa yang dirancang pasangan ini akan dipermudahkan malah Shah kini sudah mula berkongsi gambar Sarah di Instagram sekaligus membuatkan peminat turur sama mendoakan kebahagiaan pasangan ini. (rtky/s)