fbpx

Shaarnaz Ahmad Tidak Lupa Diri Lepas Menang ABPBH 29

Selepas merangkul kejayaan besar di Anugerah Bintang Popular BH Ke 29 (ABPBH 29) baru-baru ini, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan terpalit dengan suara sumbang yang mengatakan beliau kini sudah mula berubah sikap. Malah ada pihak turut mengatakan bahawa beliau sudah mula lupa diri dengan kemenangan itu.

BACA: Shaarnaz Ahmad Nafi Pergi Kursus Kahwin Dengan Nabila

“Memang saya sudah mula mendegar pelbagai andaian itu dan ini. Ada yang menganggap kejayaan pada ABPBH 29 akan membuatkan saya lupa diri. Tidak kurang juga yang mengandaikan tawaran berlakon akan mula berkurangan. Tapi saya percaya, rezeki itu datang daripada Allah.

“Saya tak boleh cakap sesuatu perkara yang di luar kawalan dan bidang kuasa. Namun apa yang penting saya kena terus istiqamah dan fokus kepada kerjaya seni termasuk perkara yang saya minat,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung spekulasi yang dikaitkan dengan dirinya.

Bagaimanapun bagi Sharnaaz, beliau tetap optimis dengan tanggapan orang ramai dan segala andaian negatif yang tersebar di media sosial terutamanya. Namun katanya lagi, selagi bakatnya diterima orang ramai beliau akan terus aktif di dalam bidang seni dan mengharapkan peminat turut mendoakan kejayaannya di masa akan datang.

Pada ABPBH 29, Sharnaaz telah memenangi dua anugerah iaitu Trofi Pelakon Televisyen (TV) Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, namun bagaimanapun beliau tidak dapat hadir ke majlis berprestij itu kerana terikat dengan jadual kerja menjadi salah seorang pengacara didalam sebuah program hiburan yang lain. (rkty/w)