fbpx

Sepahtu Umum Bersara Dari Sertai Maharaja Lawak Mega Akan Datang

Jika sebelum ini, salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu Nabil mengumumkan bakal bersara dari persaingan hebat itu di masa akan datang, kali ini giliran kumpulan Sepahtu pula mahu menarik diri dari terus menyertainya pada edisi akan datang.

Bercakap kepada Astro Gempak baru baru ini, Sepahtu yang dianggotai oleh Jep dan Shuib akui yang mereka telah membuat keputusan untuk tidak menyertai edisi Maharaja Lawan Mega akan datang untuk memberi laluan kepada bakat baru.

BACA: Menang Tempat Ketiga, Nabil Umum Bersara Dari Pentas Maharaja Lawak Mega

“Kami rasa pentas ini kami harus bagi peluang kepada mereka yang lain. Semua edisi sebelum ini kami masuk, takkan 2015 nak masuk lagi. Kami sebulat suara untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega yang akan datang,” ujar Sepahtu.

Pentas Maharaja Lawak Mega selepas ini pastinya akan kurang meriah tanpa kelibat Sepahtu dan Nabil namun siapa tahu akan muncul bakar yang lebih memeriahkan suasana tahun hadapan. Kita doakan yang terbaik untuk kerjaya mereka. (rtky/m)