fbpx

Sempena Hari Ibu: 12 Selebriti Tempatan Bergelar Ibu Paling Popular

12 Selebriti Bergelar Ibu Paling PopularBelum terlambat rasanya untuk kami ucapkan selamat hari ibu kepada semua mereka di’luar sana yang bergelar ibu. Dan, kami tahu laman gossip kami yang terpinggir ini menjadi pilihan ramai ibu ibu Malaysia untuk menghabiskan masa. Heh.

Anda sudah ucapkan selamat hari ibu buat ibu tersayang anda? Walaupun ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang Hari Ibu haram untuk di’sambut, anda & kami tahu kita bukan meraikan ibu gereja seperti kata mereka.

Bersempena Hari Ibu hari ini, kami kompilasikan 12 selebriti tempatan yang kini bergelar ibu dan paling popular di kalangan peminat dunia hiburan. Bagaimana kami tahu mereka popular? Melalui pertanyaan rambang di Facebook & Twitter. Heh.

Dan, ada selebriti yang masuk senarai ini atas pilihan kami sendiri. Seperti biasa, kami memang bias & memilih. Jika ada selebriti yang kami tertinggal atau lupa, jangan anda ketinggalan untuk undi mereka untuk senarai tahun hadapan. Enjoice!