fbpx

Selepas Fattah Amin, Nabil Ahmad Mahu Keluar Buku

Mahu berkongsi kisah kejayaan mengenai kehidupannya, Nabil Ahmad menjelaskan bahawa dia akan mengeluarkan sebuah buku tidak lama lagi. Lebih menarik lagi dia turut berkongsi tentang amalan dan pengalamannya sebelum bergelar selebriti.

BACA: Gambar Cium Mulut, Nabil Ahmad Kena Kecam

“Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar artis sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la. Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan”

“Jika ibu saya ada RM10 ditangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun menurut Nabil, dalam naskhah itu juga terdapat juga cerita mengenai rakan artis lain yang turut berkongsi pengalaman mereka. Bagi Nabil, apa yang dilaluinya kini bagaikan satu keajaiban.

“Buku tersebut bukan tentang saya sahaja tetapi juga ada artis lain yang berkongsi pengalaman mereka. Saya juga belum diberitahu tajuk sebenarnya. Tapi saya harap ia dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain,” jelasnya. (rtky/s)