fbpx

Sekitar Sambutan Hari Lahir Aaisyah Dhia Rana

Selamat hari lahir kami ucapkan kepada anak pelakon wanita, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah pun menjangkau usia satu tahun pada hari ini (1 November).

BACA: Gambar Percutian Che Ta Dan Keluarga Di London

Sebelum ini, Che Ta dan juga keluarga telah bercuti ke London sebelum pulang ke tanah air untuk meraikan sambutan hari lahir Aaisyah yang diadakan di White Palace, Kuala Lumpur, bertemakan Enchanted Garden, serba putih.

Majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti serta dua lagi anak Che Ta dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. Semoga keluarga ini akan sentiasa dilimpahi rezeki dan kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sambutan hari lahir Aaisyah yang comel. Enjoice! (rtky/s)