fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada

Setelah selesa melangsungkan majlis akad nikah pada penghujung bulan April lalu, hari ini Hafidz Roshdi dan pasangan, Nurul Shuhada telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka. Majlis yang penuh meriah itu telah diadakan di Astana Wedding Place & Function, Shah Alam.

BACA: Hafidz Roshdi Nafikan Dirinya Dikongkong Isteri

Mengambil masa beberapa bulan untuk melangsungkan majlis resepsi mereka, pasangan merpati dua sejoli ini kelihatan begitu segak dan cantik sekali mengenakan busana songket berwarna lembut. Walaupun majlis yang diadakan secara sederhana namun dekorasi pelamin yang dipenuhi bunga seperti taman menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut.

Majlis resepsi perkahwinan tersebut juga turut dihadiri oleh keluarga di kedua-dua belah pengantin, termasuklah rakan-rakan terdekat pasangan dan juga beberapa rakan selebriti. Majlis juga turut diserikan dengan busana kedua belah keluarga memakai busana berwarna biru dan merah jambu.

Terdahulu pasangan ini telah selamat diijabkabul di kediaman perempuan di Perlis pada 30 April lalu. Majlis yang penuh sederhana itu hanya dihadiri oleh teman rapat pasangan sahaja. Malah pada ketika itu, Hafidz juga tidak banyak berkongsikan gambar di sekitar majlis mereka.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis resepsi bagi pasangan Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada. Enjoice! (rkty/w)