fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah

Selepas selamat melangsungkan majlis pernikahan serta persandingan baru-baru ini di Pahang, semalam telah menyaksikan sebuah lagi majlis resepsi perkahwinan bagi pasangan selebriti Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah. Majlis perkahwinan yang cukup indah itu telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi.

BACA: Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Selamat Diijabkabul

Majlis yang bertemakan ala taman itu bertambah berseri dengan kehadiran pengantin yang sedondon memakai busana berwarna biru berserta merah jambu. Manakala bagi hiasan pelamin yang keseluruhannya berwarna putih kelihatan begitu serasi sekali dengan tema yang dipilih oleh pasangan pengantin bagi melengkapkan lagi majlis resepsi itu.

Tidak dilupakan juga, keluarga bagi kedua-dua belah pasangan pengantin, kenalan rapat serta saudara mara yang turut hadir pada majlis yang penuh bermakna itu telah memeriahkan lagi majlis yang berlangsung, pada masa yang sama tatamu yang hadir sekaligus dapat bersama-sama menikmat serta berkongsi detik indah pasangan pengantin.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah dan semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan buat selamanya. Dengan ini, kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi perkahwinan mereka. Enjoice! (rkty/w)

Gambar Ihsan: Kaki5photo