fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Awie Dan Isteri

Setelah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada awal Oktober tahun lalu di Thailand, Datuk Awie telah mengadakan sebuah majlis resepsi perkahwinan mereka secara tertutup semalam di Tadom Hills Resorts.

BACA: Awie Sah Dikurnia Gelaran Datuk

Majlis yang diadakan secara sederhana dan ringkas itu hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan terdekat. Pasangan bahagia tersebut begitu kacak dan anggun mengenakan busana songket berwarna kuning yang bertemakan traditional Melayu.

Terdahulu, Awie telah melangsungkan majlis pernikahan bersama wanita berusia 29 tahun itu secara tertutup di Thailand kerana mendakwa dirinya berkuturunan Siam. Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan ketiga buat penyanyi rock itu selepas bercerai pada tahun lalu.

Bagaimanapun perkahwinan ketiga ini mungkin membawa tuah buat Awie kerana baru-baru ini beliau baru sahaja dikurniakan gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang. Dengan ini kami kongsikan gambar di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka. Enjoice! (rkty/w)