fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Aeril Zafrel & Wawa Zainal Di Sungai Petani

Pendedahan kisah perkahwinan pasangan Aeril Zafrel & Wawa Zainal pernah mendapat perhatian para peminat seluruh negara sekitar Oktober 2013 yang lalu selepas pasangan ini mengakui sudah pun bernikah pada Februari 2012. Namun itu semua kisah lama dan sudah berlalu.

Berita yang mengatakan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal bersanding selepas hampir tiga tahun bernikah mendapat reaksi positif ramai yang tidak pernah lagi melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin apatah lagi mengenakan busana indah pengantin.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bakal Bersanding Di Khalayak Ramai?

Sabtu lalu, majlis persandingan meriah pasangan ini telah diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) bersempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) di mana mereka telah dilantik sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

Itu sahaja kami tahu setakat ini dan buat anda yang memang mahu melihat pasangan Aeril Zafrel & Wawa Zainal di atas pelamin bersanding, berikut beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Memang cantik dan sepadan mereka berdua ini. Enjoice! (rtky/m)

Sumber: Media Hiburan / Lenska Studio / The Colour Pictures