fbpx

Sekitar Resepsi Kedua Perkahwinan Hafiz Suip, Nureffy

Selepas selamat melangsungkan respsi pertama mereka pada awal Mei lalu di Sarawak, kini pasangan suami isteri, Hafiz Suip dan Nureffy sekali lagi melangsungkan resepsi kedua perkahwinan mereka semalam yang bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafiz Suip, Nureffy

Majlis kelihatan begitu indah sekali dengan kehadiran pengantin lelaki yang segak memakai sut hitam bersama pasangan yang sememangnya anggun disebalik gaun berwarna merah. Tidak lupa juga dengan dekorasi majlis yang begitu ringkas menambahkan lagi seri disepanjang majlis.

Tidak lengkap jika sesebuah majlis itu jika tidak dihadiri tetamu-tetamu serta teman rapat pasangan. Ramai sekali selebriti turut hadir memeriahkan lagi majlis resepsi ini seperti Dato’ M Nasir dan isteri, Jaclyn Victor, Kila Fairy, Ella, Hazama, Nabila Huda dan ramai lagi.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini dan semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya. Dengan ini, kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi perkahwinan Hafiz Suip dan pasangan, Nureffy. Enjoice! (rkty/w)