fbpx

Sekitar Percutian Che Ta Sekeluarga Di Barcelona

Seronok kami melihatkan Che Ta sekeluarga meluangkan masa bersama ketika bercuti di Barcelona, Sepanyol ketika ini. Seringkali bercuti di Eropah, kali ini percutian mereka baru sahaja bermula setelah selesai menyambut Aidilfitri di tanah air.

BACA: “Che Ta Memang Suka Saya Pakai Baju Ketat”

Selain Che Ta, Zain Saidin dan juga si comel Aaisya Dhia Rana, percutian mereka kali ini juga turut ditemani oleh pereka fesyen Man Kajang. Malah melalui perkongsian gambar di Instagramnya, tempat-tempat yang dilawati mereka semuanya cantik cantik belaka.

Apa pun, semoga perjalanan mereka di bumi Eropah sentiasa selamat. Jika diikutkan, ini merupakan destinasi pertama mereka sebelum pergi ke beberapa lagi lokasi menarik di benua tersebut.

Kami kongsikan beberapa keping gambar keluarga bahagia ini dan juga gelagat si Aaisyah ketika berada di sana bersama anda . Enjoice!