fbpx

Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang sentiasa mendapat perhatian di mata peminat iaitu Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti kerana telah selamat bergelar suami isteri pada hari ini – 25 Februari 2017.

BACA: Jep Sepahtu, Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

Jep sebelum ini telah pun memberi bayangan dengan jelas bahawa dia selesa berkawan dengan Sari Yanti malah perkara yang sama turut diakui oleh pelakon wanita berkenaan sebelum ini. Bagaimanapun pasangan ini tidak gemar menggembar gemburkan kisah cinta meraka.

Akhirnya, pasangan ini telah pun melangsungkan pernikahan pada hari ini di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi yang diakadkan oleh bapa pengantin perempuan, Dato’ Mohamad Nazar. Menurut BH Online, acara tersebut diadakan secara tertutup malah pihak media turut dihalang masuk.

Tambah portal berita itu lagi, majlis pernikahan tertutup itu turut dihadiri oleh barisan rakan selebriti. Kami kongsikan beberapa keping gambar kebahagiaan pasangan ini meniti hari bahagia bersama. Enjoice!

Gambar Ihsan: wr.co