fbpx

Sekitar Majlis Perkahwinan Faye Kusairi, Azmi Hatta

Apabila ditanya sering berdolak-dalik mengenai tarikh pernikahan tetapi baru beberapa jam lalu, Faye Kusairi memuat naik gambar kad undangan perkahwinannya di Instagram sekaligus memberi bayangan bahawa dirinya telah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta hari ini.

BACA: Faye Kusairi Tidak Cemburu Azmi Hatta Jumpa Anak

Menyokong lagi perkara tersebut adalah apabila kelab penyokong Faye sendiri telah berkongsi beberapa gambar dipercayai berkaitan dengan majlis nikah pelakon terbabit. Tindakan Faye yang berdiam diri dan bernikah secara senyap bersama duda Elly Mazlein itu membuatkan ramai peminat terkejut dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya.

Bagaimanapun setakat ini Faye masih belum memberikan sebarang komen mengenai majlis perkahwinannya yang dilangsungkan secara rahsia itu. Minggu lalu kontroversi ini tercetus apabila Faye dikatakan telah mengedarkan kah perkahwinannya bersama Azmi namun beliau menafikan keras dakwaan tersebut dan menjelaskan kad itu kepunyaan saudaranya.

Apa yang pasti berita perkahwinan diantara Faye dan Azmi pasti mendapat respon yang berbeza dari peminat, tengok sahaja akaun Instagram Faye. Apapun tahniah diucapkan kepada Faye dan Azmi. Semoga perkahwinan yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka. Enjoice! (rtky/w)