fbpx

Sekitar Majlis Akikah Anak Shiera & Ijoy

Semalam telah berlangsung dengan meriahnya majlis akikah dan cukur jambul bagi bayi bongsu pasangan Sharifah Shahirah dan Ijoy, Adeena. Majlis yang cukup indah itu telah diadakan di Club House Sunway Montana bersama sekumpulan marhaban yang turut melengkapi majlis tersebut.

BACA: Sharifah Shahirah Selamat Lahirkan Cahaya Mata

Dalam majlis tersebut juga, Shiera dan Ijoy lengkap berpakaian serba putih dan turut sama memeriahkan majlis adalah tiga anak mereka yang lain. Selain itu juga kelihatan, adik kepada Shiera, Sharifah Sakinah yang hadir bersama suami yang juga kini sedang hamil buat kali kedua selepas mengalami keguguran pada tahun lepas.

Dalam pada masa yang sama, beberapa rakan artis turut sama datang menyaksikan majlis yang cukup sederhana itu. Antaranya, Nad Zainal bersama suami dan anaknya, Zul Yahya sekeluarga, Nabil Ahmad sekeluarga dan ramai lagi. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis akikah dan cukur jambul Adeena semalam. Enjoice! (rkty/w)