fbpx

Di Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza

Semalam merupakan minggu terakhir bagi umat Islam menyambut bulan Syawal, ramai selebriti mengambil kesempatan cuti di hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka. Semalam juga telah berlangsungnya rumah terbuka yang dianjurkan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K yang diadakan di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur dengan meriahnya.

BACA: Siti Nurhaliza Jawab Peminat Kritik Dirinya Berniqab Di Mekah

Majlis bertambah meriah apabila tetamu yang hadir turut berpeluang menyanyi bersama-sama Siti, disamping beramah mesra dengan penyanyi kesayangan mereka di sepanjang majlis berlangsung. Dalam majlis tersebut juga terdapat ramai selebriti yang turut hadir menceriakan suasana antaranya, Anzalna dan suami, Lisa Surihani, Izara Aisyah, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Manakala memetik laporan m Star Online pula, selepas lama berehat dari aktiviti dunia seni Siti bakal mengeluarkan album terbaru beliau yang ke 16. Malah kini beliau sudah pun memulakan proses untuk mencari bahan-bahan bagi memulakan album beliau. Selepas lima bulan, peminat Siti bakal menikmati album terbaru beliau yang dijadual keluar pada awal tahun 2017.

Walau apapun, semoga segala perancangan dan urusan yang dirangka oleh Siti di masa akan datang akan berjalan dengan lancar. Diharap semoga Siti dimurahkan rezeki lagi dan diberikan kesihatan yang baik bagi meneruskan kerjaya seninya. Pasti ramai yang tidak sabar dan teruja menantikan album baru beliau nanti setelah lima bulan menantikan suara lunak beliau. (rkty/w)